Resepi Bebola Kentang Cheese ini sangat mudah untuk dibuat dan rasa nya sangat sedap. Kalau nak buat kudapan sambil tengok cerita pun sangat sesuai tau. Hanya dengan menggunakan bahan yang ringkas sahaja.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Fia Sofia perkongsian resipi Bebola Kentang Cheese ini ๐
Bahan-bahan:
6 biji ubi kentang
2 sudu gula
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Mozzarella cheese (dipotong dadu)
2 biji telur
Tepung roti
Cara membuat:
- Mula-mula, rebus ubi kentang sehingga empuk.
- Lenyek ubi kentang sehingga halus. Masukkan bahan perasa dan gula.
- Kemudian, bulatkan ubi kentang ikut saiz kesukaan masing-masing dan lepekan menggunakan tangan serta isi kan cheese dan tutup buat supaya jadi bulat balik.
- Masukkan ke dalam telurย kemudian salutkan dengan serbuk roti. Ulang sekali lagi agar lapisan lebih tebal dan kentang tidak mudah pecah semasa digoreng.
- Akhir sekali, goreng bebola di dalam minyak panas. Gunakan api yang sederhana sehingga bebola kelihatan kuning.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐
Kredit resipi dan gambar: Fia Sofia(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity