Mesti ramai yang suka makan Buko Pandan kan? Rasa segar je bila dah makan. Apatah lagi, makan sejuk-sejuk waktu panas. Kalau buat sendiri, lagi best. Dapat makan banyak. Anda semua pun boleh cuba tau.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Aisyah Ismail perkongsian resipi Buko Pandan ini 🙂
Bahan-bahan:
Agar-agar
Pewarna hijau
Daun pandan
Gula
Air kelapa
Susu pekat
Susu cair
Nata de coco
Isi kelapa muda
Sagu putih
Cara membuat:
- Mula-mula, masak agar agar bersama air ditambah dengan 2 helai daun pandan dan sedikit pewarna hijau serta sedikit gula. Biarkan sejuk dalam peti.
- Masak sagu putih. Yang ini biar sagu itu bersinar elok.
- Kemudian, masukkan air kelapa, susu pekat dan susu cair. Kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan agar-agar hijau, sagu, isi kelapa muda dan nata de coco. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Aisyah Ismail(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity