Terhasilnya perkongsian resipi ini daripada beliau kerana katanya sebelum ini cuba untuk simpan stok tetapi tidak sampai seminggu sudah berkulat. Apa apa pun, memasak ini memerlukan practice. Dan sekarang, beliau sudah jumpa teknik yang betul dan menjadi yang boleh simpan cili kisar selama 3 bulan. Yang penting, tanpa bahan pengawet!
Terima kasih Roazura Bahari untuk perkongsian resipi Cili Kisar ini 🙂
Bahan-bahannya:
Cara penyediaan:
1. Potong 2 cili kering dan rebus.
2. Selepas rebus, sejukkan. Buang biji dan masukkan cili kering ke dalam mesin pengisar.
3. Tambah garam kasar, minyak masak, air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri, ikut banyak mana cili)
*air perahan asam jawa boleh juga digantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.
4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk. Guna bila perlu.
“Cili kisar ni tahan 3 bulan..Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain. Nanti saya share bagaimana nak buat bahan perisa sama macam pak ajinomoto, yang penting bahan senang dapat dan ianya menyihatkan dan menyedapkan masakan korang 😀”
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Roazura Bahari (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/