Peminat siri kartun Doraemon mesti sedia maklum betapa robot kucing itu gilakan sejenis makanan bernama Dorayaki. Jika dulu kita hanya mampu melihat dan tertanya-tanya apa rasanya. Kini semua jenis makanan boleh didapati dengan mudah, malah boleh disediakan sendiri di rumah.
Resipi perkongsian Aini Binte Madon ini diambil daripada Merikatakita Tomoshilukitekari.
Bahan :
1 cawan Tepung gandum
1/2 cawan Gula pasir halus
4 biji Telur
1 sudu teh Baking powder
2 sudu makan Madu
1/2 sudu makan Air
Cara :
- Ayak tepung dan baking powder bersama.
- Dalam bekas yang lain, pukul telur, madu dan gula menggunakan whick sehingga berbuih dan ringan.
- Kemudian masukkan tepung yang sudah diayak dan kacau sebati. Masukkan setengah sudu makan air untuk seimbangkan kepekatan adunan.
- Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
- Gunakan kuali non stik dan ambil tisu dapur dan basahkan dengan sedikit minyak masak dan lumurkan di atas pan tetapi jangan sampai berminyak.
- Saiz dorayaki bergantung kepada berapa sudu adunan yang digunakan. Satu sudu makan untuk dorayaki bersaiz kecil. Resipi ini menggunakan satu senduk kecil.
- Tuang di atas pan, tidak perlu ratakan kerana ia akan membesar sendiri. Apabila ia mula berbuih, terbalikkan.
- Api jangan terlalu besar kerana ia akan cepat hangus kerana kandungan madu di dalamnya.
- Setelah masak ketepikan dan sapukan dengan inti pilihan.
- Boleh gunakan pes kacang merah, nutella, kaya dan lain-lain.
- Jika ingin letakkan cheese, sapukan sewaktu dorayaki masih panas dan terus kepilkan. Jika buat sewaktu sejuk, cheese tidak akan cair.
Kredit resipi & foto : Merikatakita Tomoshilukitekari & Aini Binte Madon
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/