Bagi yang suka makan kuih tradisional, resepi ini wajib cuba tau! Dengan ada elemen leleh, fuh memang lagi nikmat nak makan. Terasa inti kelapa yang penuh di dalam, lembut lagi, confirm tak cukup makan beberapa biji je haha.
Jom try.
Terima kasih Manda Syuhada untuk perkongsian resipi Koci Pulut Hitam Leleh ini 🙂
Bahan- bahan:
Bahan A (Kulit Ketayap):
250 g tepung pulut
1 1/2 cawan air (agak-agak)
1/2 cawan pulut hitam (kisar dan tapis)
1 sudu besar minyak masak
Cara membuat:
- Mula-mula, satukan semua bahan hingga menjadi doh yangg lembut.Â
- Kemudian, bulatkan adunan dan masukkan inti.
- Rebus dalam air yang mendidih sehingga timbul dan angkat.
- Masukkan dalam santan leleh yang dibuat terlebih dulu.
- Bungkus dan kukus selama 3 hingga 5 minit.
Bahan (Inti):
Kelapa (kalau suka kacang hijau pun sedap)
Bahan (Untuk leleh):
2 cawan santan (Agak-agak saja)
1 cawan air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
- Masak kesemua bahan sehingga likat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Manda Syuhada(Facebook)
Nak cari kuali yang berkualiti dan bagus. Meh tengok sini: https://shope.ee/20VlTEFJqaÂ
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos