Mesti ramai peminat kuih Tart Nenas kan? Tapi kalau nak tunggu musim Hari Raya, lama nak menunggu. Apa kata anda buat je sendiri sekarang? Tidak perlu tunggu musim perayaan pun, boleh makan puas-puas dan banyak. Yang penting, sedap dan craving satisfied orang kata.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Renny Winda perkongsian resipi Tart Nenas ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
250 g butter
2 sudu besar gula aising
1 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B:
320 g tepung gandum
70 g tepung Kastard
Bahan C (Hiasan):
Kuning telur dengan sedikit pewarna
Cara membuat:
- Mula-mula, pukul bahan A hingga sebati selama 2 minit.
- Masukkan bahan B dan uli sebati.
- Kemudian, masukkan dalam acuan dan terapkan.
- Masukkan jem dan sapu permukaan biskut dengan kuning telur.
- Akhir sekali, bakar selama 25 hingga 30 minit hingga masak dengan suhu 180 darjah api atas dan bawah.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Renny Winda(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity