Walaupun menggunakan bahan yang sama dan nampak mudah, namun kesilapan kecil boleh menyebabkan kuih tidak menjadi. Jadi Raini Adnan telah berkongsi resipi dan masalah yang sering dihadapi sewaktu menyediakan Kuih Seri Muka.
Bahan Bawah :
2 cawan Beras Pulut
1 cawan Santan pekat
Garam
Cara :
- Basuh beras pulut dan masak di atas dapur sehingga mendidih. Sukatan air dan beras kena sama paras.
- Kemudian masukkan garam dan tutup api. Baru masukkan santan.
- Kacau sebati dan biarkan dalam empat minit.
- Spray air pada loyang dan lapik loyang dengan plastik dan tuang pulut tadi. Ratakan dan kukus selama 20 minit. Tekan pulut supaya padat. Saiz loyang 10’x10’.
Bahan Atas :
3 cawan Air Pandan
1 cawan Santan pekat
2 cawan Tepung gandum
1 1/2 sudu Tepung jagung
1 1/4 cawan Gula
Cara :
- Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur. Jika terus kacau dan tidak dimasak pun tak apa. Kemudian tuang di atas lapisan bawah tadi. Kukus selama 25 minit. Pada lima minit terakhir, buka penutup dan biarkan.
- Pastikan penutup pengukus dibalut dan buka setiap 10 minit untuk mengelakkan air kukusan menitik pada lapisan atas.
- Kuih dipotong menggunakan pembaris.
Masalah yang selalu dihadapi.
- Adunan atas lembik. Ia bermakna tepung tidak cukup atau terlebih air. Apabila jadi begini, ambil bahagian atas dan buang. Buat baru untuk bahagian atas.
- Permukaan kedut dan tidak licin. Ia kerana air kukusan menitik pada permukaan.
- Permukaan gelembung kerana pulut tidak padat. Jadi pastikan tekan sehingga padat.
- Lapisan atas terbelah dan merekah. Ini terjadi apabila masa memasak tidak cukup. Hanya tambah masa mengukus, ia akan melekat kembali.
Kresit resipi & foto : Raini Adnan
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/