fbpx

Cara Buat Nachos Seperti Di Restoran. Sedap, Jimat Dan Sihat Pula Tu

iCookAsia

Mesti ramai yang rindukan nak makan Nachos di restoran? Jangan risau, boleh cuba resipi daripada seorang pengguna Facebook ini. Senang sahaja cara nak buat tau. Bukan itu sahaja, bahan yang digunakan sangat mudah didapati dan sedap. Boleh makan banyak lagi.

Jom kita try.

Terima kasih Nurul Huda untuk perkongsian resipi Nachos ini 🙂

Bahan-Bahan:

Roti Wrap

Rempah kari

Paprika (Optional)

Olive oil

Sos keju

Sos Bolognese

Cara penyediaan:

  1. Roti Wrap dipotong segi tiga. Boleh guna roti mission, gardenia, atau roti arab
  2. Seterusnya, gaul kan dengan rempah kari.
  3. Kalau ada paprika, letak sedikit untuk rasa pedas. Kalau tak nak letak pun tidak apa.
  4. Kemudian, letak sedikit olive oil. Hanya satu atau dua sudu sudah cukup. Kalau tiada olive oil, nak guna minyak masak biasa pun boleh.
  5. Bakar dalam air fryer selama 10 minit dengan suhu 140-160. Buka untuk ratakan beberapa kali supaya ia garing sekata.
  6. Boleh guna sos keju sebagai pencicah  atau sos bolognese. Mengikut pada selera masing-masing.

 Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Huda(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x