Admin pasti, bila anda teringin nak makan Nugget mesti beli yang frozen di pasaraya atau beli je yang fast food kan? Jom Admin kongsikan resepi Homemade untuk Nugget ni.
Bila homemade ni, lebih terkawal bahan apa yang kita nak guna. Betul tak? Isinya pun kita boleh letak banyak mana yang nak. Lagi puas!
Terima kasih Hawa Aziz untuk perkongsian resipi Nugget Ayam Homemade ini 🙂
Bahan-bahan:
3 ketul Isi Ayam
5 sudu besar serbuk roti
1 biji telur
Lobak merah
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Lada Hitam
Cara membuat:
- Isi ayam di blend atau tumbuk hingga lumat.
- Campurkan Isi ayam, tepung ubi, garam, serbuk lada hitam dan carrot. Gaul sebati.
- Kemudian bentukkan mengikut kesukaan masing-masing nak bentuk macam mana. Kemudian letak dalam peti selama 20 minit.
- Salutkan dengan telur dan serbuk roti.
- Goreng dengan api sederhana. Sebab serbuk roti mudah hangit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Hawa Aziz (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos