Biasa kalau kita ternampak orang menjual Pau ini, semuanya gebu-gebu dan bulat cantik licin kan? Pernah terfikir cara membuatnya sendiri di rumah? Kalau buat sendiri ni lagi berbaloi. Sebab boleh letak inti banyak mana kita suka dan tentunya boleh makan panas-panas air tangan sendiri ini.
Jom cuba buat. Kalau menjadi, boleh la buat jualan. Confirm laku!
Terima kasih Yong Anisah Yaacob untuk perkongsian resipi Pau ini 🙂
Bahan-bahan:
2 sudu makan air suam
1 sudu makan gula
1 sudu makan yis
5 cawan tepung gandum Cap Ros
3 sudu makan marjerin SERI Pelangi
5 sudu makan susu pekat
Kacang merah (sebagai inti, ikut suka)
Cara membuat:
1. Campurkan air suam, gula dan yis. Kacau bagi sebati dan biarkan kembang dalam 10 minit.
2. Campurkan 5 tepung gandum, marjerin pelangi dan 5 sudu makan susu pekat. Ramas-ramas hingga jadi macam serbuk roti.
3. Masukkan yis yang telah kembang ke dalam tepung dan 240ml air (ikut kesesuaian tepung). Uli hingga tepung sebati dan tidak melekat ditangan (dalam 10 minit).
4. Timbang doh 40g dan lakukan rounding.
5. Masukkan inti dan rounding atas tapak tangan dan lapikkan dengan kertas (nak guna guna cup cake pun boleh).
6. Biarkan doh kembang lebih kurang 30 minit (bergantung pada banyak yis yang digunakan dan faktor cuaca persekitaran).
7. Sedia untuk dikukus.
*Sebelum itu, panaskan dulu kukusan dengan api yang sederhana hingga mendidih. Balut penutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air kukusan jatuh atas doh.
8. Kukus selama 5-6 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Yong Anisah Yaacob (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos