fbpx

Cara Buat Puding Roti Marble Paling Mudah Dan Sedap Dimakan Sejuk

iCookAsia

Yang suka makan puding mesti teruja tengok resepi ni. Senang je nak buat dengan langkah-langkah yang mudah nak ikut. Bukan itu sahaja, lagi sedap jika dimakan sejuk-sejuk dengan lembut je puding roti marble ni.

Jom try.

Terima kasih Yusma Mustafa untuk perkongsian resipi Resepi Puding Roti Marble ini 🙂

Bahan- bahan:

1 tin susu cair

1/2 cawan susu pekat

1/2 cawan gula

2 biji telur

5 keping roti (buang tepi)

20 g agar-agar tali

1 liter air

2 sudu besar butter/marjerin

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisar susu cair, susu pekat, telur dan roti.
  2. Masak agar-agar dan gula hingga larut kemudian tapis. Kalau semua larut dan tak ada ketul-ketul tak payah tapis pun tak apa.
  3. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama butter tadi ke dalam agar-agar dan masak lagi sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna yang digemari.
  5. Tuangkan selapis demi selapis dalam bekas atau loyang guna senduk, tunggu sehingga lapisan tadi agak keras barulah dimasukkan lapisan seterusnya.
  6. Akhir sekali, sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan. Lagi sejuk lagi sedap.

Nota tambahan: Adunan ni dapat 2 loyang saiz 7 inci, tak perlu isi penuh loyang sebab takut terlalu tebal. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yusma Mustafa(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x