Senang sahaja untuk menyediakan hidangan Sagu Gula Melaka ini. Hanya menggunakan bahan yang mudah didapati dan sangat sedap pula tu. Bukan itu sahaja, kalau dimakan sejuk-sejuk lagi nikmat rasanya.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Noorlinda Ngah perkongsian resipi Sagu Gula Melaka ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan sagu
3 cawan air
Nisan atau gula melaka
Susu cair
Daun pandan
Cara membuat:
- Mula-mula, rendam atau lalukan sahaja sagu dibawah air.
- Kemudian, toskan.
- Masakkan sagu dengan air yang mendidih dan daun pandan sehingga likat atau biji putih sagu hilang. Kacau sekejap sahaja.
- Selepas itu, kukus sekejap. Nak buat yang mana-mana pun boleh, asalkan sukatan betul.
- Apabila sudah masak, biarkan sejuk. Boleh guna pewarna sirap dengan pewarna hijau.
- Seterusnya, 1 ketul nisan atau gula melaka dimasak dengan secawan air. Masakkan hingga cair. Sejukkan sebentar.
- Akhir sekali, boleh hidang dengan tuangkan nisan atau gula melaka dahulu kemudian sagu tadi diikuti dengan tuangkan susu cair. Kalau nak bagi lagi sedap campurkan susu cair tersebut dengan sedikit garam.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Noorlinda Ngah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity