Kalau dapat makan Sambal Telur Puyuh dengan nasi panas ni, mesti sangat sedap. Dengan keenakan sambal yang cukup rasa membuatkan hidangan tersebut menjadi lagi menarik dan rasa nak tambah je. Boleh la cuba resepi sambal telur puyuh ni.
Jom kita try.
Terima kasih Ida Zairi untuk perkongsian resipi Sambal Tumis Telur Puyuh ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
24 biji telur puyuh (rebus dan kupas kulitnya ,goreng dalam minyak)
1 sudu kecil asam jawa extra
2 senduk cili kisar
1 biji bawang besar (hiris bulat)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B(Untuk kisar atau tumbuk):
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Secubit belacan (optional)
Cara penyediaan:
- Mula-mula, telur digoreng sehingga kuning sedikit, angkat dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau sentiasa.
- Seterusnya, masukkan air asam jawa dan tambah garam serta gula secukup rasa.
- Jika suka boleh masukkan serbuk perasa sikit.
- Masak sehingga pekat.
- Tambah bawang besar dan telur puyuh yang sudah digoreng. Gaul rata, biar sehingga bawang layu.
- Akhir sekali, rasa dan jika rasanya okay boleh padamkan api dan hidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ida Zairi(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity