fbpx

Cara Buat Sos Naplawan, Simple Tapi Memang Perfect Rasanya!

iCookAsia

Siapa di sini yang suka makan colek buah? Anda wajib cuba resepi yang Admin nak kongsikan hari ini. Boleh buat Sos Naplawan ini atau dikenali sebagai Colek Buah Thai. Simple dan mudah sahaja sahaja nak buat ni tau.

Jom kita try.

 

Terima kasih untuk Rozmaliza Omar perkongsian resipi Sos Naplawan ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 cawan sos ikan

1/2 cawan air

5 sudu besar gula kabung thai

4 keping nisan

Sedikit belacan

Bahan B:

5 ulas bawang merah (hiris nipis)

1 genggam udang geragau

2 sudu besar chili flakes

10 biji cili padi merah hijau dipotong (Tumbuk kasar)

Cara membuat:

  1. Panaskan sos ikan dan air hingga mendidih. Masukkan gula kabung thai dan nissan.
  2. Kemudian, kacau hingga gula kabung dan nissan cair dan masukkan belacan.
  3. Masak dengan api sederhana hingga sos betul-betul pekat. Tutup api.
  4. Masukkan bawang merah hiris, udang geragau, chili flakes dan cili padi yang dipotong.
  5. Akhir sekali, kacau hingga sebati, tunggu sejuk dan boleh di makan dengan mangga atau nanas.

Kuah colek mesti ada rasa manis, masin dan sedikit pedas tau. Kuah akan jadi likat apabila ia betul-betul sejuk.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x