Waktu PKP ni, mesti anak-anak tanya nak buat aktiviti apa kan, jom ajak anak-anak cuba resepi ini. Senang sangat nak buat, anak-anak pun mesti suka. Hasilnya pun sedap.
Terima kasih Nor Qamarina untuk perkongsian resipi Sosej Paratha ini 🙂
Bahan-bahan:
Paratha
Sosej
Cheese
Kuning telur
Cara penyediaan:
1. Sekeping prata dipotong 8. Cheese pun potong 8. Kalau tak nak letak cheese pun boleh.
2. Susun sosej dan gulungkan. Sosej tak perlu rebus dulu, Insya Allah masa bakar nnti elok je masaknya.
3. Sapu kuning telur.
4. Bakar dalam airfyer pada suhu 180 selama 7 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Qamarina
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos