fbpx

Cara Buat Sotong Goreng Tepung Kegemaran Ramai. Dijamin Sedap Dengan Kerangupan DI Luar Lembut Di Dalam!

iCookAsia

Kalau pergi negeri pantai timur mesti akan nampak banyak kedai yang menjual Sotong Goreng Tepung ini. Ia juga dikenali sebagai Sotong Celup Tepung. Dengan rasa yang sangat lembut dan crunchy di luar menjadikan hidangan ini bertambah sedap.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Atirah Abdullah Shah Aimin perkongsian resipi Sotong Goreng Tepung ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 kg sotong segar

1 biji telur gred A

Maggi cukup rasa (secukupnya)

1 sudu kecil serbuk lada putih

Cara membuat:

  1. Mula-mula, bersihkan sotong dan toskan supaya sotong tidak terlalu mengandungi air.
  2. Kemudian, gaulkan sotong bersama bahan-bahan A yang lain.

Bahan B:

2 senduk besar Tepung serbaguna (bestari, adabi, kentucky atau apa sahaja)

3 sudu besar tepung beras

1 sudu besar tepung jagung

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, Kacau rata Bahan B.
  2. Panaskan minyak di atas kuali  dan minyak mesti banyak.
  3. Ambil sedikit sotong satu persatu dan salutkan bersama Bahan B.
  4. Kemudian, masukkan sotong ke dalam kuali yang dipanaskan tadi dan goreng dengan api yang sederhana. Goreng sehingga bewarna “golden brown“.
  5. Satu tips untuk sotong, ia tidak boleh digaulkan bersama tepung terlalu awal sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas.
  6. Akhir sekali, ulang langkah menyalut sotong dengan tepung sehingga kesemua sotong siap digoreng.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Atirah Abdullah Shah Aimin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x