fbpx

Cara Buat Sup Ikan Jenahak, Hirup Panas-Panas Memang Padu Rasanya

iCookAsia

Kalau dapat hirup sup panas-panas memang sedap, apatah lagi dengan musim hujan sekarang. Terasa nikmatnya. Admin nak kongsikan satu resepi Sup Ikan Jenahak yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.

Jom try.

Terima kasih Norfadilah Ibrahim untuk perkongsian resipi Sup Ikan Jenahak ini ๐Ÿ™‚

Bahan- bahan:

Bawang kecil

Bawang putih

Halia

4 sekawan

Rempah sup Adabi

Ikanย 

Lada besar

Daun bawang

Tomato ceri

Cara membuat:

  1. Mula-mula, hiriskan bawang kecil,bawang putih dan halia, boleh ditumbuk juga.
  2. Kemudian, panaskan minyak dan masukkan 4 sekawan.
  3. Masukkan pula bahan yang dihiris tadi.
  4. Seterusnya, masukkan rempah sup Adabi sikit, masukkan air, perasakan dengan garam dan maggi cukup rasa.
  5. Masukkan ikan yang sudah diletakkan dengan garam, renehkan sup tersebut sekejap, jangan terlalu lama.
  6. Akhir sekali, masukkan lada besar,taburkan daun bawang dan tomato ceri sebab perlu ada sedikit rasa crunchy waktu makan tomato tersebut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐Ÿ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Norfadilah Ibrahim(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x