fbpx

Cara Buat Telur Bistik, Ringkas Dan Sedap. Yang Penting, Penuh Dengan Protein Dan Sayur

iCookAsia

Kadang-kadang mesti tak tahu nak masak apa untuk tengahari kan? Boleh cuba resepi Telur Bistik ini. Mudah sahaja dan jimat masa. Hidangan yang penuh dengan protein dan sayur, tapi penuh dengan rasa yang cukup dan sedap. Nak buat untuk dinner pun boleh.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Umi Watie perkongsian resipi Telur Bistik ini 🙂

Bahan-bahan:

2 biji telur

1 cawan isi ayam (dipotong dadu)

1 ulas bawang besar (dihiris)

2 ulas bawang putih (dihiris)

2 biji cili padi (potong kecil)

1/2 cawan frozen mixed vegetables

3 sudu sos cili

2 sudu sos tomato

2 sudu sos tiram

Sedikit minyak untuk menggoreng

Gula dan garam untuk rasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, pecahkan telur dan kacau telur.
  2. Kemudian, panaskan minyak dan goreng telur tadi.
  3. Apabila sudah masak angkat dan letak dalam pinggan atau bekas yang sesuai.
  4. Selepas itu, panaskan sedikit minyak, masukan bawang besar, bawang putih dan apabila sudah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  5. Masukkan Frozen mixed vegetables, cili padi dan ayam. Tunggu sehingga masak.
  6. Setelah itu perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
  7. Akhir sekali, jika sudah siap masak bolehlah dicurahkan ke atas telur tadi. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Umi Watie(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x