Selalunya jika membeli waffle di kedai, pasti min akan pesan supaya bakar lebih lama agar waffle lebih rangup. Jadi selepas ini bolehlah cuba buat sendiri di rumah dengan resipi perkongsian Nik Fatma Amirah.
Bahan :
2 cawan Tepung gandum
1 1/2 cawan Air
1/2 cawan Susu segar
2 sk Baking powder
2 sb Minyak masak
1 biji Telur
3 sk Gula
Sedikit Garam
Cara :
- Sebelum dibakar, sapu dahulu planta atau minyak di permukaan maker (kalau tak sapu pun boleh).
- Jika gunakan mini waffle, waffle akan masak sekitar 1 minit 40 saat sahaja.
- Selepas siap, sapukan jem perisa kegemaran antaranya coklat, peanut, plantan, kaya, jem dan sebagainya.
Kredit resipi & foto : Nik Fatma Amirah
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/