Kalau makan Mee Sup, lagi sedap kalau ada bawang goreng kan? Nikmat betul rasanya dengan kerangupan bawang goreng tersebut. Admin nak kongsikan tips yang senang sahaja untuk memastikan bawang goreng yang dibuat kekal rangup.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Ruzie Gee perkongsian resipi & tips untuk mengekalkan kerangupan bawang goreng ini 🙂
Bahan-bahan:
Bawang rose
Bawang putih
Garam
Cara membuat dan tips:
- Mula-mula, kupaskan bawang tersebut.
- Kemudian, sagatkan dengan speedy mando Tupperware atau alat sagat yang ada.
- Basuh bawang hingga hilang getah bawang putih dan bawang rose. Pastikan sehingga nampak jernih.
- Toskan selama 30 hingga 40 minit.
- Gaulkan dengan sedikit garam.
- Seterusnya, goreng dengan minyak yang betul-betul panas. Sewaktu nak masukkan bawang, kecilkan api dan selepas sudah masukkan bawang, besarkan api.
- Akhir sekali, jika bawang sudah agak kekuningan, boleh angkat. Jangan tunggu sehingga garing nanti bawang akan jadi hangit dan pahit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ruzie Gee(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity