Kulit karipap merupakan elemen penting dalam menentukan keenakan kuih karipap, kalau rangup dan rapuh, memang terbaik. Cuba ikut petua yang dikongsikan Marina Sulong ini.
Cara :
- Untuk satu adunan, gunakan Tepung Cap Bunga Ros, sepaket 850 gram.
- Satukan tepung bersama dua sudu besar gula dan sedikit garam halus.
- Panaskan dua sudu besar minyak masak bersama dua sudu besar marjerin. Apabila marjerin sudah cair, masukkan ke dalam tepung tadi dan masukkan dua sudu besar air kapur (ambil yang jernih bahagian atas). Sebatikan.
- Apabila sudah sejuk, gaul dengan tangan dan hancurkan adunan yang berketul-ketul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Jika sudah tiada ketulan, uli menggunakan air sejuk. Jangan keras sangat dan jangan lembik sangat.
- Uli sehingga doh menjadi kental dan boleh dicanai atau gelek kulit karipap.
Kredit resipi & foto : Marina Sulong
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/