Kuih tradisi Kuih Bom ini menjadi kegemaran sesetengah orang. Paling Admin suka pada kuih ini adalah pada bijiannya. Rasanya yang manis manis memang sedap. Ditambah pula dengan inti kacang merah. Memang puas lah. Tetapi kalau anda nak letak inti lain pun boleh. Ikut citarasa anda sendiri.
Terima kasih Nur Shahidar Amsyar untuk perkongsian resipi Kuih Bom Pelangi ini 🙂
Bahan-bahan:
500 gram tepung pulut
1 cup tepung Gandum
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
1. Air kena agak-agak sendiri. Jadikan doh yg sesuai.
2. Uli dan jadikan doh. Kalau nak letak pewarna, ikut suka anda.
3. Inti kalau nak mudah, beli siap-siap di kedai bakery inti kacang merah. Jimat masa. Timbang 30 gram bagi sebiji.
4. Sapu minyak masak pada tangan semasa gentel tu. Lepas golek atas bijan, gentel lagi skali. Bagi bijan lekat elok.
5. Cara goreng untuk tidak meletup bom ini: Panaskan kuali dengan api sederhana. Agak-agak sederhana panas, perlahankan api. Masukkan kuih bom dan kacau-kacau. Goreng hingga masak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nur Shahidar Amsyar (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/