fbpx

Cara Lengkap Buat Krim Puff Berinti Kastard Yang Pasti Menjadi.

iCookAsia

Biarpun cara membuatnya mudah, namun ada kala bila tersilap teknik, puff yang dibuat leper dan tidak kembang. Resipi perkongsian Ika Zul ini memberikan langkah terperinci cara membuatnya. Hanya ikut dan pasti menjadi.

 

Bahan Inti Kastard :

2 sudu makan Tepung jagung

2 sudu makan Tepung kastard

375 ml Susu segar

2 biji Telur Gred B

1 sudu teh Esen vanilla

3 sudu makan Gula

300 ml Non-Dairy Whipping Cream (Vivo)

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan kecuali non-dairy whipping cream di dalam periuk dan kacau dengan api sederhana sehingga masak. Adunan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak melekat.
  2. Apabila adunan bertukar likat dan mendidih, tutup api.
  3. Angkat dan tapis kastard tadi sehingga menjadi adunan yang licin dan tidak berketul.
  4. Tutup permukaan kastard dengan plastik wrap. Ketepikan dan simpan di dalam peti ais.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream sehingga kental dan mengembang dua kali ganda daripada asal.
  6. Campurkan kedua bahan dan simpan di dalam peti sejuk.

Bahan Krim Puff :

125 gram Majerin

250 ml Air

150 gram Tepung gandum

5 biji Telur Gred B

1 sudu teh Gula halus

1 sudu teh Esen vanilla

 

Cara :

  1. Satukan air dan mentega di dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum bersama sedikit garam dan gula. Kacau segera sehingga adunan tidak melekat di dasar dan sekeliling periuk. Tutup api dan kacau sehingga ia sedikit suam.
  3. Pecahkan telur satu persatu dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan esen vanila dan kacau sehingga adunan likat dan berkilat.
  5. Paipkan adunan ke atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 200c selama 30 hingga 40 minit atau sehingga masak mengikut ketuhar masing-masing.
  6. Pastikan adunan mengembang, baru buka oven.
  7. Krim puff yang sudah dimasak, bila dikeluarkan ia tidak akan mendap dan akan berongga di bahagian dalam.
  8. Guntingkan krim puff dan paipkan inti menggunakan piping bag.

Kredit resipi & foto : Ika Zul

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x