fbpx

Cara Masak Ayam Masak Merah Yang Sedap Dan Cantik Kejadiannya

iCookAsia

Hidangan yang masih disukai ramai dan sedap rasanya. Bukan itu sahaja, di kenduri kahwin mesti ada hidangan Ayam Masak Merah ini. Boleh cuba resepi ini, ada tips lagi supaya ia cantik berkilat dan tahan lama.

Jom try.

Terima kasih Jom Masak untuk perkongsian resipi Ayam Masak Merah ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A:

1 ekor ayam atau mana mana bahagian yang anda suka

Bahan B (Kisar Halus):

3 biji bawang besar

Seketul halia

3 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

Bahan Lain:

3 senduk cili kering kisar atau pes cili kering

Rempah empat sekawan

1/2 tin kecil tomato puri (110 gram)

1 cawan minyak lebihan gorengan ayam untuk menumis

2 sudu besar minyak sapi

Garam dan gula secukup rasa

1 ikat daun pandan

2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos cili

2 batang serai diketuk

Cara membuat:

  1. Mula-mula, bersihkan ayam, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Goreng sehingga separuh garing atau garing sesuai selera.Ketepikan sebentar.
  2. Masukkan minyak gorengan ayam tumis rempah 4 sekawan. Masukkan daun pandan dan serai.Tumis sehingga harum.
  3. Masukkan pes kisar.
  4. Masukkan cili kering kisar. Masak perlahan sehingga terbit minyak.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato dan tomato puri.
  6. Perasakan dengan sedikit gula dan garam secukupnya.
  7. Masukkan ayam goreng.Gaul sebati.
  8. Kemudian barulah dimasukkan minyak sapi.Bau harumnya akan lebih ketara jika dimasukkan disaat saat akhir.
  9. Akhir sekali, taburkan dengan hirisan daun bawang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jom Masak(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x