fbpx

Cara Masak Beras Basmathi, Nasi Cantik Berderai, Lembut Dan Masak Sekata. Ada Rahsianya

iCookAsia

Bukan mudah untuk dapatkan nasi yang berderai, lembut dan masak sekata, namun tak sukar juga jika tahu teknik untuk memasaknya.

Perkongsian dari Faizah Md Zain‎ ini mendapat perkongsian lebih 5000 di laman Facebook. Jom ikuti rahsia dan teknik yang digunakan untuk mendapatkan nasi yang cantik berderai.

“Kalo masak nasi guna beras basmathi tip akak untuk nasi yang lembut, berderai dan masak sekata.
Basuh beras bersih dan rendam 20 minit dalam air yang diletakkan dengan garam sedikit. (Petua ini saya ikut daripada guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut).

Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yang hendak dimasak.Untuk memasak akak didihkan dulu air, baru masukkan beras.

Kacau beras semasa air masih banyak, jika sudah kering, better kacau sekali je untuk mengelakkan beras kita patah.

Untuk mewarnakan nasi, tunggu air kering dan baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap, baru kacau.
Untuk nasi yang akak masak untuk tempahan, last sekali akak akan letak dua sudu butter. (Cara akak le).

Sumber : Faizah Md Zain‎

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x