Nasi ayam antara menu lengkap yang sesuai untuk hidangan keluarga. Namun terdapat pelbagai langkah yang pastinya membantutkan kerajinan seseorang..hehe.
Jadi Rosma Ros telah bermurah hati untuk kongsikan resipi nasi ayam yang cukup mudah.
Langkah pertama cukup mudah, beli seekor yang yang gemuk dan sewaktu memotong ayam, kumpulkan lemaknya dalam setengah mangkuk kecil kerana bahagian ini akan digunakan untuk membuat minyak ayam.
Nasi :
- Sediakan lima cawan beras yang dibasuh bersih.
- Panaskan air bersama 1 biji bawang besar yang dipotong kasar, satu inci halia diketuk, dua batang serai dan tiga ulas bawang putih.
- Kuantiti air agak-agak untuk dimasak bersama beras nanti. Tunggu sehingga mendidih dan baru masukkan ayam. Biarkan ayam masak namun jangan terlalu lama sangat kerana takut ayam kecut.
Bahan tumisan :
1 inci Halia – potong nipis
3 biji Bawang merah – potong halus
4 ulas Bawang putih – potong halus
Sebatang kulit kayu manis – kecil
Bunga lawang
Cengkih
1/2 mangkuk Lemak ayam yg
1 sb Margerin/ butter
1 ketul Kiub ayam
Sedikit Kunyit – jangan banyak sangat
Daun pandan – simpul
Garam
Cara :
- Masukkan lemak ayam dalam periuk nasi bersama sedikit margerin dengan api sederhana. Biarkan lemak bertukar menjadi minyak.
- Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sebentar sehingga layu sahaja, jangan sampai garing.
- Selepas itu masukkan beras, pati ayam, margerin , daun pandan dan garam. Goreng sebentar semua bahan sehingga sebati.
- Masukkan pula air rebusan ayam tadi bersama sedikit kunyit. Sukatan air seperti biasa, jangan banyak nanti nasi lembik.
Bahan Ayam :
3 ulas Bawang putih*
1/2 inci Halia*
2 sb Sos tiram
1 sb Sos lada hitam
Kicap manis secukupnya
1/2 sb Gula merah/ Gula kabung
Garam
1 sk Pati ayam
Sedikit Margerin
Cara :
- Tumbuk bahan bertanda * dan perah, ambil airnya.
- Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan perap sekurang-kurangnya satu jam. Lebih lama lebih sedap. Goreng dengan api perlahan. Selalu balikkan supaya ayam tidak cepat hangit.
- Jangan masak terlalu lama kerana nanti ayam tidak juicy.
- Selepas siap digoreng, keluarkan minyak.
- Jika suka ayam yang berkilat, masukkan ayam dalam kuali dengan sedikit kuah perapan dan ditambah satu sudu besar madu. Jika tiada masukkan marjerin. Gaul sehingga ayam berkilat.
Bahan sambal :
5-7 biji Cili besar – nak pedas boleh letak cili api merah
Gula secukupnya
Gula kabung sedikit
Garam
5 ulas Bawang putih
Limau nipis / Cuka – agak-agak masam
4-5 sb Sos cili
Cara :
- Kisar semua bahan dan masak sehingga pekat. Perasakan. Jika tidak mahu pekat, bila mendidih sahaja terus tutup api.
Bahan kuah kicap :
- Kuah lebihan tadi ditambah air rebusan ayam dan kicap secukupnya. Masak sebentar di atas api.
Bahan Sup :
- Masak dan rebus kaki ayam, tulang dan tengkuk, kemudian masukkan sekeping kulit kayu manis yang kecil, bunga lawang dan cengkih.
- Masukkan pati ayam, perasa, lada sulah dan garam. Biarkan mendidih.
- Hidang bersama hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
- Nasi ayam sedap dihidang bersama salad, timun, lobak merah dan tomato.
Kredit resipi & foto : Rosma Ros
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/