Selalunya ada pelbagai cara yang orang gunakan bila ada nasi lebih kan? Ada yang buat apam nasi, lempeng nasi dan nasi goreng sebab takut basi kan. Ini cara yang boleh digunakan andai masih nak makan nasi putih.
“Hari tu sya ada nampak post sorg ahli group nie masak balik nasi yg semalam punya….sya pun cuba buat juga sebab syg ke nasi.Mak pesan dah,nasi tak baik buang kalau belum rosak dan sya pun memang tak akan buang nasi sebab ia juga punca rezeki.”
Cara :
1. Basuh semula semua nasi semalam termasuk kerak (kalau ada kerak la) dan toskan sekejap.
2. Yang ini adalah beras yang siap dibersihkan dan disukat airnya. (saya cuma + 1½ pot beras sahaja)
3. Tuangkan nasi yang siap dibasuh tadi ke dalam periuk yang berisi beras.
4. Biarkan nasi tadi di atas dan beras di bawah.
5. Dah siap masak. Jangan risau, nasi tak akan basi, lembik atau tak masak.
6. Kalau ada nasi semalam masih banyak, Boleh basuh semua dan masak lain.(jangan letak air dalam nasi tu nanti jadi bubur).
Sumber : Norasiah Adnan