Sebut sahaja seafood, mesti ramai yang suka makan. Dengan pelbagai jenis hidangan yang boleh dibuat, lagi lah berselera nak makan. Mesti ramai tahu yang Thailand memang terkenal dengan masakan yang sedap dan padu.
Jom try.
Terima kasih Fairus Fariza untuk perkongsian resipi Sotong Stim Limau Ala Thai ini 🙂
Bahan- bahan:
Sotong
Bawang putih
Cili padi ikut tahap kepedasan masing-masing
Kicap sotong
Brown sugarÂ
Serbuk pati ayam
Air perahan limauÂ
Daun & akar ketumbar
Cara membuat:
- Mula-mula, cuci sotong kemudian kukus dalam 5 minit, jangan lama-lama nanti sotong jadi liat.
- Masukkan dalam mangkuk air panas, brown sugar dengan daun ketumbar, cili padi dan bawang putih yang di kisar kasar.
- Kemudian, masukkan juga air limau dan serbuk pati ayam.
- Kacau sebati supaya rasa semua okay cukup masam, manis, pedas dan masin .
- Akhir sekali, boleh tuang sos atas sotong yang sudah direbus. Taburkan lagi hirisan daun ketumbar dan hirisan limau sebagai hiasan. Siap untuk dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fairus Fariza(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos