Memandangkan kita masih lagi di musim durian, admin nak share Resepi Aiskrim Durian Homemade yang sangat mudah ni. Kalau tengah panas-panas ni memang melegakan sangat kan.
Terima kasih Nor Ashikin untuk perkongsian resipi Aiskrim Durian ini 🙂
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
½ tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
2 sb Ovalette
2 sk pewarna kuning
½ cawan isi durian
Cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan ke dalam mixer.
- Pukul sampai gebu pada kelajuan maximum.
- Masukkan ke dalam bekas, dan simpan dalam freezer sehingga beku.
- Sudah beku boleh keluarkan dan masukkan dalam kon.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Ashikin (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos