Mesti anda semua tahu kan satu makanan yang pernah viral sebelum ni? Daging Harimau Menangis, sampai ramai sangat yang jual. Kalau anda semua nak tau, sampai sekarang pun masih ramai yang beli tau, mana tidaknya, sangat sedap. Orang kata satu resipi yang memang takkan orang lupa. Jadi, kali ni Admin nak share macam mana nak buat resipi ni.
Jom kita buat sama-sama.
Terima kasih Alisya Fashihah untuk perkongsian resipi Daging Harimau Menangis ini 🙂
Bahan-Bahan:
Bahan A (Untuk perapan daging):
Daging lembu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos kicap cair
1/2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula perang
1/2 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar madu
1 sudu besar kicap lemak manis
Cara penyediaan:
- Pertama sekali campurkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam satu bekas dan gaul sehingga sebati.
- Seterusnya, perapkan selama 6 jam atau semalaman.
Bahan B (Untuk Sos):
2 sudu beras pulut
Air asam jawa
Gula melaka
2 biji bawang merah kecil
4 tangkai cili padi
2 sudu besar sos ikan thai
Perahan 1 biji asam limau nipis
2 sudu besar gula perang
Daun bawang
Daun ketumbar
Cara penyediaan:
- Masak beras pulut tanpa minyak (sangai) sehingga kelihatan keperangan dan tumbuk sehingga halus.
- Seterusnya, masukkan air asam jawa, gula melaka, bawang merah kecil, cili padi, sos ikan thai, perahan limau nipis dan gula perang.
- Masukkan serbuk beras pulut yang sudah ditumbuk tadi.
- Kemudian, masukkan daun bawang dan daun ketumbar. Kacau.
- Akhir sekali, goreng daging yang sudah diperap tersebut dan boleh hidang bersama sos.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Alisya Fashihah(Tiktok)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos