fbpx

Cara Membuat Hidangan Nasi ala 3 Budak Gemok. Rasa Sebijik Sambal Gesek Dia

iCookAsia

Admin pasti ramai diantara kita tahu gerak 3 budak gemok yang pernah viral dan popular sekarang ini. Hidangan Ayam Kicap Pedas dan Sambal Gesek tu yang utama dan buat ramai ketagih. 

Tapi, pernahkan anda cuba buat sendiri di rumah? Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau berkongsikan resepi hidangan 3 budak gemok yang sebiji rasanya. Jom try!

Terima kasih Siti Noor Hidayah Samah untuk perkongsian resipi Nasi 3 Budak Gemok ini 🙂

Bahan untuk Ayam Kicap Pedas:

Ayam (Potong kecil & gaul dengan serbuk kunyit dan garam)

2 tangkai daun kari

2 batang serai (Ketuk)

3 sudu sos tiram

Kicap manis secukupnya

Garam

Air asam jawa

*2 biji bawang holland

*2 ulas bawang putih

*2 tangkai cili padi merah (lebihkan kalau suka pedas)

*1 sudu makan biji ketumbar

Cara memasak:

  1. Kisar halus bahan bertanda (*).
  2. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan. 
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. 
  4. Masukkan daun kari dan serai kemudian kacau rata. 
  5. Masukkan sos tiram diikuti kicap manis. Saya guna kicap Mahsuri. 
  6. Kemudian masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi diikuti air asam jawa dan secubit garam.
  7. Kacau sekejap biar rencah mesra dengan ayam. 
  8. Tutup api dapur dan sedia dihidang.

Bahan untuk Sambal Gesek:

*Cili padi merah

*Cili padi hijau

*Cili besar merah

*1 biji bawang besar

*2 ulas bawang putih

Jus limau nipis

Garam

Gula

Cara penyediaan:

  1. Kisar halus bahan bertanda (*).

*Sukatan cili boleh agak-agak sendiri ikut tahap kepedasan masing-masing. Saya buat tak pedas sebab anak-anak suka makan. Jadi saya lebihkan cili besar.

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga sedikit kering. 
  2. Perasakan dengan garam dan gula. 
  3. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis dan reneh sekejap. 
  4. Tutup api dapur dan sedia dihidang bersama ayam kicap pedas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Noor Hidayah Samah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x