fbpx

Cara Membuat Homemade Dim Sum. Sedap Macam Di Restoran!

iCookAsia

Rindu nak makan dim sum dekat kedai makan kan, jom buat sendiri di rumah. Boleh buat banyak-banyak, simpan stok di rumah. Bila lapar je, boleh terus buat. Dan bila homemade ni, inti pun boleh letak banyak juga. Baru puas hati.

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Homemade Dim Sum ini 🙂

Bahan-bahan doh:

2 cawan tepung gandum

1 cawan tepung ubi

1 cawan air suam

1 sk garam halus

Inti Dim Sum 

4 keping isi ayam (sederhana besar) (dihancurkan)

2 sb udang kering (dihancurkan)

1 sk garam halus

1 sk serbuk lada hitam

4 ulas bawang putih

2 tangkai daun bawang

2 tangkai daun sup

Beberapa keping cendawan tiram

2 batang lobak merah

3 sb tepung jagung

Cara membuat:

  1. Gaul kesemua bahan doh. Uli perlahan-lahan hingga menjadi doh.
  2. Taburkan sedikit tepung pada alas pencanai. Canaikan doh (tidak terlalu tebal atau nipis).
  3. Tekap gunakan bekas bulat. Masukkan inti dan cantumkan.
  4. Sapukan sedikit minyak pada loyang. Susun dim sum ke dalam loyang.
  5. Setelah air mendidih, kukus dim sum selama 15 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x