fbpx

Cara Membuat Kari Daging Yang Sedap. Kuah Pekat dan Cukup Rasa, Memang Puas Betul Makan.

iCookAsia

Masakan Kari menjadi tidak puas jika kuahnya cair, betul tak? Kalau kuahnya pekat, baru puas dan makan bersama nasi putih pun jadi lebih menyelerakan. Apatah lagi jika anda membuat hidangan Kari Daging. Wah, betul-betul kenyang perut. 

Kalau anda asyik membuat hidangan Kari Ayam sahaja, apa kata kali ini cuba membuat menggunakan Daging pula. Pastikan rebus daging betul-betul tau, nanti tak ada lah makan liat. Jadi tak puas pula makan dengan kuah kari ini. 

Terima kasih Nurul Jannah untuk perkongsian resipi Kari Daging ini 🙂

Bahan-bahan:

900g daging lembu (potong dadu kecil-kecil)

1 batang kayu manis

1 bunga lawang

3 bunga cengkih

3 buah pelaga

10 biji bawang merah kecil (hiris halus)

6 biji bawang putih 

2 inci halia

1 batang serai*

1/2 inci lengkuas*

1 biji bawang besar*

3 tangkai daun kari

3 sudu besar rempah kari daging

1 sudu kecil serbuk kunyit

12 batang cili kering (rebus)*

3 biji kentang

2 biji tomato

Santan pekat dan cair dari sebiji kelapa

3 sudu besar kerisik

Cara memasak:

  1. Kisar halus bawang putih dan halia kemudian masukkan daging, bahan kisar dan 1 sudu kecil minyak masak dalam pressure cooker masak daging hingga empuk.
  2. Kisar bahan-bahan bertanda (*) dalan satu pengisar dengan sedikit air. Bahan-bahan kisar ni satukan dengan rempah kari daging dan serbuk kunyit jadikan pes yang pekat.
  3. Tumis rempah 4 sekawan dan bawang merah kecil hingga coklat keperangan kemudian campak daun kari. Masukkan pes rempah yang dah buat pekat-pekat dan masak hingga rempah pecah minyak, berwarna gelap dan kering sedikit. 
  4. Kemudian masukkan daging serta air rebusan, santan cair dan kentang. Biarkan masak hingga kentang empuk baru masuk kerisik, santan pekat dan tomato perasa dengan garam secukupnya. Masak hingga kuah didih dan boleh tutup api. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x