fbpx

Cara Membuat Kek Lapis Coklat Nutella Menggunakan Sukatan Cawan Sahaja. Mudah Dan Senang Je…

iCookAsia

Kebiasaaanya kita dengar Kek Lapis Sarawak kan? Pelbagai rasa. Tetapi, berlainan dengan perkongsian resipi pada hari ini. Dimana seorang pengguna Facebook ini membuat Kek Lapis dengan menggunakan Coklat Nutella diantara lapisan Kek tersebut. 

Apabila disebut Nutella, memang confirm confirm Kek tu akan jadi sedap dan ramai betul gemar akan coklat ini. Betul tak? Kalau anda setuju, jom buat!

Terima kasih Nora Ha untuk perkongsian resipi Kek Lapis Coklat Nutella ini 🙂

Bahan A:

3 biji telur

1 cawan serbuk koko

1 cawan susu pekat

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

1 cawan gula

Bahan B:

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu soda bikarbonat

1 sudu baking powder

Cara membuat:

  1. Pukul bahan A selama lebih kurang 5 minit.
  2. Ayak bahan B.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A.
  4. Pukul sekata.
  5. Sapukan sedikit minyak pada loyang pengukus. Tapiskan adunan & tuang ke dalam loyang.
  6. Kukus selama 40 minit.
  7. Setelah kek siap masak, tunggu sejuk terlebih dahulu, baru lah dipotong.
  8. Potong kek 3bahagian secara melintang, sapukan nutella. Lekatkan semula ketiga-tiga bahagian kek. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nora Ha (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x