Buat generasi lama, siapa sahaja yang tidak tahu Kek Legend, Kek Gula Hangus ni kan? Ikut cara orang dulu, mereka menggunakan cara bakar untuk membuat Kek ini. Tetapi kali ini, Admin kongsikan cara kukus untuk membuat kek ini, kalau anda tiada ketuhar di rumah. Bila kukus, jadi lebih senang.
Terima kasih Hayana Hashim untuk perkongsian resipi Kek Gula Hangus ini 🙂
Bahan Gula Hangus:
1 cawan gula
1 cawan air panas mendidih
2 sudu besar marjerin
Caranya:
- Masak gula hingga larut.
- Kemudian tuang air panas perlahan-lahan kerana air tadi akan meletup-letup.
- Kemudian, masukkan marjerin dan biarkan sejuk.
Adunan Tepung:
*4 biji telur
*3/4 cawan susu pekat
*1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan tepung
2 sudu kecil soda bikarbonat
Caranya:
- Bahan-bahan bertanda (*) di blender atau dikacau hingga sebati.
- Kemudian masukkan tepung dan soda bikarbonat.
- Akhir sekali masukkan air gula hangus tadi dan kacau sebati.
- Griskan loyang dengan marjerin supaya tidak melekat dan boleh dikukus selama 20 minit dengan api yang kuat. Pastikan air betul-betul mendidih.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Hayana Hashim (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos