Tengok dari gambar pun dah menarik perhatian kita kan? Warna hijau ni memang cantik. Lebih-lebih lagi menggunakan pandan. Tetapi, bagi perkongsian resepi daripada seorang pengguna Facebook ini, beliau menggunakan pandan emulco.
Jangan risau, kalau anda tiada emulco, boleh sahaja gunakan 1-2 sudu makan air Pandan tau.
Terima kasih Janna Hanie untuk perkongsian resipi Kek Pandan Santan ini 🙂
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 cawan gula (nak guna gula kastor pun boleh & tak nak manis boleh kurangkan)
1/2 cawan santan kotak (1 kotak kecil)
5 biji Telur
5 sudu besar minyak masak
1 sudu besar pandan emulco (boleh ganti dengan 1-2 sudu besar Air pandan)
1 sudu ovalette
1 penutup perisa hijau
1 penutup esen vanila
Sedikit garam
Cara penyediaan
- Campurkan semua bahan dan mix sampai kembang dalam 15 ke 20 minit.
- Alaskan loyang dengan baking paper atau sapukan minyak pada loyang.
- Bakar pada suhu 160-170° selama 50 ke 60 minit (suhu bergantung pada oven masing-masing).
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Janna Hanie (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos