Kuih tradisional Onde-Onde merupakan kuih yang popular lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Kuih yang kenyal apabila dikunyah dan inti gula melaka yang akan cair di mulut ini lah yang paling sedap. Tetapi pernahkah anda nampak onde-onde bunga telang?
Bunga telang ini menjadi perhatian ramai orang disebabkan warnanya dan kebolehan untuk dimasukkan dalam masakan. Seperti seorang pengguna Facebook ini, dimana beliau menggunakan perahan bunga telang ini dan dijadikan sebagai pewarna dalam hidangan onde-onde. Menarik kan? Jom buat!
Terima kasih Badariah Abdrahman untuk perkongsian resipi Onde-Onde/Buah Melaka Bunga Telang ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
Garam
Cara membuat:
- Ambil segenggam bunga telang, rendam dengan air sekejap. Kemudian perah dan ambil airnya.
- Uli dengan bahan tepung sampai tidak lekat pada tangan.
- Gula kabung/melaka/nisan, dipotong dadu.
- Ambil sedikit adunan dan letakkan gula kemudian bulat-bulatkan. Buat seperti onde-onde biasa. Buat sampai habis.
- Rebus adunan dalam air panas. Kalau timbul maknanya sudah masak.
- Akhir sekali, salut dengan kelapa parut.
*Nak lebih tahan, kelapa parut dikukus sekejap dan baru letakkan sedikit garam.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Badariah Abdrahman (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos