fbpx

Cara Membuat Mee Kari, Kuah Padu. Resepi Yang Sangat Mudah Dan Sekejap Je Nak Buat.

iCookAsia

Kalau anda tiada selera untuk makan Nasi, sudah pasti makanan yang berasaskan Mee, Mi hun, Kuey Teow yang anda cari. Juga, anda nak pastikan ianya mengenyangkan sama seperti anda makan Nasi. 

Baik, jom Admin kongsikan resepi yang sangat memuaskan dan boleh bagi perut anda betul-betul kenyang, iaitu Mee Kari. Menurut seorang pengguna Instagram ini, resepi Mee Kari yang dikongsikan memang sangat mudah untuk disediakan. Jom masak!

Terima kasih Anna Sue untuk perkongsian resipi Mee Kari ini 🙂

Bahan-bahan:

Kuah kari

Bawang besar atau merah bersama selabu bawang putih yang dikisar (bawang tak perlu banyak sangat)

Chili kisar

Kuib ayam

Rempah kari

Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang

Santan

Air

Sedikit ikan bilis (dikisar halus)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak. Masukkan rempah 3 jenis dan tumis bahan kisar (bawang merah dan bawang putih). Agak sedikit garing, masukkan cili kisar dan kacau sebati. 
  2. Masukkan rempah kari dan masukkan ayam/ seafood.
  3. Tumis semua bahan sampai masak.
  4. Selepas itu, masukkan ikan bilis yang sudah dikisar dan biarkan seketika.
  5. Sudah agak garing dan rempah sudah masak, ditambah air dan masukkan 2 kuib ayam.
  6. Masukkan santan, tauhu dan sayur. Garam jangan dilupa. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Anna Sue (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x