fbpx

Cara Membuat Mee Kuning Homemade. Tak Ada Mesin Mee, Potong Manual Pun Boleh.

iCookAsia

Admin pasti ramai di kalangan kita yang akan beli Mee Kuning yang sudah siap paket di pasaraya kan kalau nak buat masakan yang menggunakan Mee Kuning? Tapi pernah tak teringin nak buat sendiri? Homemade la katanya. 

Jom Admin kongsikan resepi daripada seorang pengguna Facebook yang beliau pertama kali membuat Mee Kuning sendiri di rumah. Tidak menggunakan Mesin Mee, jadi potong secara manual sahaja. Nampak macam Ramen, tapi tidak. Hehe…

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Mee Kuning Homemade ini 🙂

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum

400++ ml air

3 sudu kecil  garam halus

3 biji telur

1 sudu besar air kapur

Pewarna kuning

Cara membuat:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali air dalam satu bekas. 
  2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Uli tepung hingga jadi doh yang tak melekat di tangan.
  3. Sapukan sedikit minyak pada alas untuk mencanai. Canaikan doh. Potong ikut besar mana yg kita nak.

*Yang ada mesin boleh guna mesin mee.

  1. Seterusnya, didihkan air dan masukkan 2 sudu minyak dalam air didihan.
  2. Celur mee 2 hingga 4 minit. Dah siap, angkat dan toskan.
  3. Siap untuk digunakan dalam masakan

*Semasa buat doh pastikan tuang air sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang tak melekat di tangan. Jangan terus letak air yang banyak untuk mengelakkan doh jadi lembik.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x