Tiada idea nak buat apa lagi untuk hidangan makan petang bersama keluarga? Jom Admin cadangkan untuk buat Pau. Biasa beli di luar sahaja kan? Sekarang ni buat homemade, versi air tangan sendiri. Baru rasa seronok nak makan. Tapi, pastikan guna satu bahan yang dicadangkan ini untuk hasil yang lebih lembut dan gebu tau.
Terima kasih Rofiesyah Jaafar untuk perkongsian resipi Pau ini 🙂
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
11/2 sudu gula
1 camca kecil baking powder
1 sudu shortening
1 cawan air suam
1/2 paket mauripan
Inti ikut suka
Cara membuat:
- Campurkan 1/2 sudu gula dan yis dalam air suam. Tunggu yis berbuih.
- Campurkan semua bahan-bahan lain. Tepung, gula, baking powder dan shortening. Gaul rata
- Masukkan campuran yis dan tambah sedikit air sambil uli.
- Uli sampai doh lembut.
- Rehatkan doh selama 30 minit (tutup rapat /tutup dengan kain lembap).
- Selepas 30 minit, tumbuk doh untuk buangkan angin. Uli lagi dalam 5 minit.
- Bulat-bulatkan, besar ikut suka, masukkan inti.
- Kukus selama 7 minit dalam air yang sudah mendidih. Pastikan api kukusan besar.
- Cukup 7 minit, alihkan dulu pengukus baru buka penutup pengukus.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Rofiesyah Jaafar (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos