Kalau ada air fryer kat rumah, anda boleh cuba resepi ini. Mudah sangat, boleh buat untuk minum petang nanti sambil lepaskan tekanan kerja di rumah ini. Anak-anak pun boleh release stress lepas PdPR.
Terima kasih نور سلام untuk perkongsian resipi Peach Strudel ini 🙂
Bahan-bahan:
Puff pastry
Non-dairy whipping cream
Buah pic/peach dalam tin (hiris nipis)
Cara memasak:
- Nyah beku puff pastry. Kemudian potong.
- Alaskan bakul air fryer dengan baking paper atau alas silikon.
- Bakar dalam air fryer pada suhu 200°c selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan pastri tadi.
- Putarkan krim mengikut arahan pada kotak.
- Bila nak makan baru susunkan bahan-bahan tadi. Mulakan dengan puff pastry, diikuti krim dan buah peach.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: نور سلام (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos