Bila dah banyak masa di rumah, pasti anda menjadi bosan dah tak tahu nak buat apa lagi aktiviti bersama keluarga kan? Anda dah cuba aktiviti makan malam ala BBQ? Kalau belum, inilah masanya.
Pastikan ada set BBQ, haa boleh cari di kedai Mr.DIY je. Beli bahan mentah, dan ikut cara pes perapan daripada seorang pengguna Facebook ini. Gerenti rasa sedap berjus ayam atau daging bakar anda!
Terima kasih Iza Abu Bakar untuk perkongsian resipi Pes Perapan ini 🙂
Bahan-bahan:
2 inci Lengkuas *
3 inci Halia *
6 ulas Bawang putih *
5 ulas Bawang merah *
4 labu Bawang besar *
3 batang Serai *
2 cawan Gula perang/ brown sugar *
6 biji Limau kasturi (diperah dan diambil airnya) *
3 sudu besar Serbuk rempah sup *
2 sudu besar Serbuk kunyit *
Garam secukup rasa
Air satu cawan (untuk memudahkan proses kisar)
Cara penyediaan:
- Kisar bahan yang bertanda (*).
- Selepas selesai blend atau kisar bahan bahan yang bertanda (*) tersebut masukkan garam secukup rasa.
- Selepas itu, sudah boleh perap daging, ayam dan sebagainya. Biarkan selama sejam. Lagi lama lagi sedap sebab daging atau ayam dah mesra dan sebati dengan bahan perapan tersebut.
- Kalau ada lebihan bahan perap ni boleh disimpan dalam freezer.
Nota: Kalau anda suka, boleh letak penambah rasa tapi jangan banyak sangat, secukup rasa sahaja.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Iza Abu Bakar (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos