Sayur Pucuk Ubi ini antara ulam-ulaman yang paling digemari ramai. Selain dimakan begitu sahaja, ianya juga dimasak dengan masakan lemak cili padi. Wah memang sedap. Tetapi pernahkah anda jumpa hidangan Rendang Pucuk Ubi.
Pucuk Ubi dibuat rendang? Ya, nampak pelik tetapi ianya sangat lah sedap. Makan dengan nasi putih panas-panas, memang betul nikmat. Tak percaya? Jom cuba!
Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Rendang Pucuk Ubi ini 🙂
Bahan A:
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Cili api
Kunyit
Bahan-bahan lain:
Santan
Garam
Kerisik
Asam keping
Cara memasak:
- Masukkan kesemua bahan A ke dalam kuali. Masakkan seketika.
- Kemudian masukkan santan dan pucuk ubi. Kacau dan masak hingga likat.
- Masukkan kerisik, garam dan asam keping. Buka api perlahan. Masaklah sehingga agak garing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos