fbpx

Cara Membuat Resepi Sambal Bilis Kering Yang Rangup Dan Menyelerakan

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan Sambal Ikan Bilis Kering kan, sedap dan menyelerakan. Paling best, jika dimakan dengan nasi yang masih panas. Confirm bertambah makan. Nak buat hidangan ini pun mudah sahaja.

Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.

Bahan- bahan:

1/2 keping tempe (Dihiris nipis dan digoreng)

2 biji kentang (Dihiris nipis)

200 g ikan bilis goreng

50 g tauhu kering (Digoreng)

1/2 genggam kacang tanah (Digoreng)

5 ulas bawang putih goreng

1 sudu kecil pati asam jawa

2 sudu besar gula pasir

Garam secukup rasa

Sedikit minyak

Bahan (Untuk Sambal):

4 sudu besar cili kisar

1 sudu besar udang kering (Direndam sehingga lembut)

1 ulas bawang putih (Dicincang)

6 ulas bawang merah (Dikisar)

1 cm halia (Dihiris)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak. 
  2. Tumiskan cili kisar bersama bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan asam jawa, gula dan garam. Tumis sehingga sambal masak dan pekat menggunakan api perlahan.
  4. Masukkan tempe, kentang, ikan bilis, tauhu kering, bawang putih dan kacang tanah. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x