Dah namanya Melayu, sudah pasti dalam satu hidangan tidak lengkap tanpa benda yang pedas sebagai hidangan sampingan. Betul tak? Contohnya, Sambal Belacan. Kalau tak ada Sambal ni, kadang itu rasa tak puas makan.
Kalau rasa leceh nak buat untuk setiap kali masak, jom ikut cara seorang pengguna Facebook ini membuat Sambal Belacan. Buat banyak, kemudian simpan dalam peti ais. Boleh tahan sampai sebulan. Jadi lebih mudah proses memasak anda!
Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Sambal Belacan ini 🙂
Bahan-bahan:
Segenggam cili padi hijau dan merah (lebihkan cili padi merah kalau nak lebih pedas)
6-10 biji limau (dibuang biji)
Air asam jawa (bancuh dengan air suam)
1 inci belacan (bakar sedikit untuk naikkan bau dan rasanya)
Gula
Garam
Secukup rasa
Cara penyediaan:
- Masukkan dalam mesin pengisar cili padi, air asam jawa, limau dan belacan. Air asam jawa masukkan sedikit demi sedikit.
- Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali. Renehkan 10-15 minit. Biarkan airnya sedikit kering.
- Perasakan dengan garam, gula dan secukup rasa.
- Sejukkan sepenuhnya sebelum dituang dalam botol.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos