fbpx

Cara Membuat Sira Ubi Kayu Yang Pekat Melikat. Rebus Hingga Betul-Betul Empuk, Baru Lazat Dan Enak Untuk Dimakan.

iCookAsia

Apabila dikongsikan resipi Sira Ubi Kayu oleh seorang pengguna Facebook ini, ramai yang memberi respon dimana mereka rindu untuk nikmati hidangan ini. Kata mereka, lama sudah tidak makan. Ia seperti telah menggamit memori di kampung dahulu. Ha.. kalau dah rindu tu, apa tunggu lagi? Moh ler cuba masak resipi ni!

Terima kasih Tg Khuzanika untuk perkongsian resipi Sira Ubi Kayu ini 🙂

Bahan-bahan:

Ubi kayu

Nisan atau gula melaka (agak-agak)

2-3 sudu besar gula

1 sudu besar tepung ubi (di bancuh dengan air sedikit untuk bagi ia cair sedikit)

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Rebus ubi kayu, air pada aras ubi.
  2. Letak kan garam sedikit. Sudah agak-agak empuk, letakkan nisan atau gula melaka daun pandan.
  3. Kemudian, apabila sudah bertukar warna, besarkan sedikit api. Biar hingga betul-betul menggelegak.
  4. Selepas itu, letak kan bancuhan tepung ubi tadi dan kacau. Kecilkan semula api dan biarkan merenih.
  5. Letakkan gula dan biar merenih lama hingga pekat. 

*Kalau anda nak warna yang gelap sedikit, boleh letak kan sedikit kicap manis. Jangan risau, ia tidak merubah rasa, tetap sedap  lemak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tg Khuzanika (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x