Kalau anda semua nak tahu, air Lemon Tea Pudina ni banyak tau manfaatnya. Bukan itu sahaja, ianya dapat menghilangkan rasa dahaga dan membantu kita untuk menyegarkan badan. Sangat sesuai kalau minum waktu kita bekerja ataupun selepas beriadah.
Jom Admin share cara nak buat resipi ini.
Terima kasih Asma Nordin untuk perkongsian resipi Air Lemon Tea Pudina ini 🙂
Bahan-Bahan:
2 liter air panas (1 jug)
4 uncang teh serbuk
1 biji lemon
200g gula pasir
Secekak daun pudina
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, lemon dibelah dua dan diperah untuk ambil jusnya dan pastikan untuk buang bijinya.
- Seterusnya, kulit lemon mesti dipotong nipis- nipis.
- Kemudian, air panas, gula pasir dan teh uncang disatukan di dalam jug. Kacau sehingga gula hancur.
- Masukkan jus lemon, kulit lemon dan daun pudina dan boleh untuk diminum samada sejuk atau panas.
Tips: Gula boleh letak mengikut cita rasa sendiri.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Asma Nordin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos