fbpx

Cara Mudah Buat Ayam Goreng Berempah. Rangup Dan Ratah Macam Tu Pun Sedap Tau!

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan Ayam Goreng Berempah kan? Apatah lagi, dengan kerangupan yang membuatkan hidangan itu lebih menarik dan sedap bila dimakan. Cara nak buat? Jangan risau, mudah sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ameera perkongsian resipi Ayam Goreng Berempah Rangup ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

2 ekor ayam (Basuh bersih)

Bahan B (Kisar):

2 biji bawang besar

Lengkuas (besar ibu jari)

Halia (besar ibu jari)

1 sudu besar jintan manis (tumbuk)

1 sudu besar Jintan putih (tumbuk)

3 batang Serai (potong kecil)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisarkan kesemua bahan di atas.
  2.  Apabila sudah siap dikisar hancur, curahkan kesemua ke dalam ayam.

Bahan C:

2 sudu besar serbuk kunyit

3 sudu besar serbuk kari daging

2 sudu besar garam

2 sudu besar tepung jagung

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan kesemua bahan C ke dalam ayam tadi dan gaul rata.
  2. Kemudian, perapkan ayam selama 1 jam. Tujuannya adalah supaya bahan tadi meresap masuk segala rempah keseluruh ayam.
  3. Selepas 1 jam, panaskan minyak dan boleh mula menggoreng. Pastikan minyak banyak dan betul-betul panas sebelum masukkan ayam.
  4. Akhir sekali, sewaktu menggorengkan ayam, campak sahaja daun kari ke dalam kuali.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ameera(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x