fbpx

Cara Mudah Buat Ayam Goreng Mamak. Simple Tapi Memang Sedap Rasanya!

iCookAsia

Mesti ramai penggemar Ayam Goreng kan? Tidak dinafikan, ayam goreng sangat sedap dimakan apatah lagi dengan nasi panas. Bukan itu sahaja, kerangupan ayam tersebut yang menjadikan ia lagi menarik.

Apa kata kali ini anda cuba resepi Ayam Goreng Mamak. Jom kita try.

Terima kasih untuk Wana’s Aidil perkongsian resipi Ayam Goreng Mamak ini 🙂

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong 10)

5 ulas bawang putih (blend)

2 inci Halia (blend)

4 sudu besar rempah kari

3 sudu besar serbuk cili

1 Sudu besar serbuk kunyit

2 Sudu besar tepung jagung

Daun kari

Garam

Perasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, rebus ayam sehingga separuh masak dengan bahan yang dikisar.
  2. Kemudian, angkat ayam dan toskan.
  3. Seterusnya, perapkan ayam tersebut dengan bahan-bahan lain selama 30 minit.
  4. Akhir sekali, pastikan untuk goreng ayam dengan minyak yang panas. Boleh angkat dan dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Wana’s Aidil(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x