Siapa di sini suka makan Cucur Jawa? Kalau digandingkan pula dengan secawan kopi, lagi mantap. Buat makan petang pun best. Cara nak buat pun sangat senang tau. Tidak menggunakan bahan yang susah pun.
Buat sendiri pun best, dapat makan banyak. Jom kita try.
Terima kasih untuk Khadijah Hamid perkongsian resipi Cucur Jawa ini 🙂
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 cawan gula merah
1 sudu kecil garam
2 3/4 cawan air
Minyak (untuk menggoreng )
Cara membuat:
- Mula-mula, campur kesemua bahan dan kacau sampai sebati.
- Tapiskan adunan agar tidak berketul-ketul.
- Kemudian, peram semalaman dalam 4 hingga 8 jam.
- Pastikan untuk guna kuali yang kecil dan tebal untuk tidak mudah melekat.
- Seterusnya, minyak anggaran dalam setengah cawan dan pastikan minyak betul-betul panas. Gunakan api sederhana kecil sahaja.
- Boleh menggoreng.
Peram adunan dalam suhu bilik selama 4 hingga 8 jam dan boleh buat dah. Lebihan adunan boleh disimpan di dalam peti selepas 8 jam.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Khadijah Hamid(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity